Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dr. Sim Kui Hian hadir pada sambutan Hari Wesak peringkat Sarawak di sini hari ini.

Toleransi sebagai kunci perpaduan Sarawak – Dr. Sim

KUCHING, 15 Mei : Sikap toleransi dan saling hormat menghormati dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum dan kepercayaan di negeri ini perlu diteruskan.

Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr. Sim Kui Hian berkata, ini bertepatan dengan dasar inklusif Kerajaan Sarawak yang mementingkan keperluan untuk meningkatkan keamanan, perpaduan dan keharmonian.

“Prinsip ini amat penting dan sangat ditekankan di Sarawak.

“Ini dapat dilihat apabila kerajaan negeri menubuhkan Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) di bawah Jabatan Premier Sarawak bagi menguruskan keperluan agama lain di negeri ini sejak 2017,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis sambutan Hari Wesak di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Mengulas lanjut, Kui Hian berkata, penubuhan UNIFOR menunjukkan Kerajaan Sarawak mahu terus memupuk dan meningkatkan keamanan dan keharmonian di negeri ini.

Berhubung sambutan Hari Wesak pada tahun ini, beliau yang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kawa berkata, setelah dua tahun sambutan tidak dianjurkan akibat pandemik COVID-19, suasana meriah kembali pada tahun ini.

“Ini bertemakan Mempromosikan Keharmonian Melalui Sikap Saling Menghormati dan Membantu Sesama Lain yang menekankan sikap toleransi,”katanya.

Pada masa sama, Kui Hian turut menyeru semua penganut agama Buddha di Sarawak dan penganut agama lain agar sentiasa menjaga mengukuhkan perpaduan bagi mencapai visi negeri maju berpendapatan tinggi menjelang 2030. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan