Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi meluahkan kekecewaan terhadap individu tidak bertanggungjawab yang melakukan perbuatan khianat di kolam air pancut berhampiran Waterfront Kuching.

DBKU kesal tindakan nakal cemari kolam air di Waterfront

KUCHING, 15 Mei : Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) kesal terhadap perbuatan tidak bertanggungjawab individu yang mengakibatkan kolam air pancut di tebingan Sungai Sarawak ‘dicemari’ buih tebal sehingga tular baru – baru ini.

Baca lagi > > > Video kolam air pancut di Waterfront dipenuhi buih sabun tular

Baca lagi > > > Polis siasat kes khianat kolam air di Waterfront

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi negeri, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, ini kerana perbuatan khianat itu telah menyusahkan pelbagai pihak termasuk DBKU.

“Ini juga menganggu usaha DBKU untuk menjaga kebersihan dan kemakmuran bandar raya Kuching.

“Kita memandang serius perbuatan ini dan telah membuat laporan polis malah DBKU telah mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk mengenal pasti pelaku,”katanya.

Dalam tempoh sebulan, kolam air pancut yang terletak di Waterfront itu dituang serbuk pencuci sehingga menyebabkan buih melimpah dan membasahi kawasan sekitar.

Kejadian itu turut mendapat kecaman netizen yang rata – rata berpendapat, perbuatan nakal seperti itu tidak wajar menjadi amalan di negeri ini.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah mengesahkan pihaknya telah membuka siasatan kes itu mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai turut menasihatkan agar orang awam tidak melibatkan diri dalam perbuatan merosakkan harta benda awam.

Pada masa sama, beliau turut menyeru rakyat Sarawak untuk memastikan kebersihan kawasan pusat bandar. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan