Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Fazzrudin Abdul Rahman berikrar untuk membantu menyampaikan dasar kerajaan negeri susulan perlantikan beliau sebagai Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri hari ini.
Fazzrudin menegaskan Gabungan Parti Sarawak (GPS) kekal dengan keputusan bertanding di 31 kerusi Parlimen di Sarawak.

GPS tetap bertanding 31 kerusi Parlimen di Sarawak

ByFirdaus Ismail

KUCHING, 15 Mei : Gabungan Parti Sarawak (GPS) kekal dengan keputusan untuk meletakkan calon di kesemua 31 kerusi Parlimen di negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ketua Setiausaha Politik Premier Sarawak, Fazzrudin Abdul Rahman berkata, perkara itu pernah ditegaskan oleh Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang juga Pengerusi GPS.

“Pendirian ini tidak pernah berubah.

“Sekiranya GPS bertanding dan menang kerusi Parlimen, ini akan memastikan usaha menuntut semula dan melindungi hak Sarawak akan dapat diteruskan pada masa hadapan,”katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas ura -ura bahawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) meminta Abang Johari ‘memberi pertimbangan’ supaya parti itu dibenarkan meletakkan calon di beberapa kerusi Parlimen di Sarawak pada PRU-15 ini.

Abang Johari baru – baru ini menegaskan GPS tidak akan memberi laluan kepada parti dari Semenanjung untuk meletakkan calon pada PRU-15 di Sarawak.

Sementara itu, Fazzrudin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong berkata, sekiranya GPS bertanding dan menang di Sarawak, ia akan turut menyumbang kepada kestabilan politik negara.

“Peranan ini telah dimainkan oleh GPS ketika negara berdepan krisis politik pada 2020 dan kita (GPS) mahu memastikan kemakmuran rakyat,”katanya.

Tambah Fazzrudin, sekiranya Sarawak maju dan ‘tidak diganggu’, beliau juga percaya Malaysia akan menikmati kemajuan.

“Apa yang penting ketika ini ialah kepentingan Sarawak dan negara kekal sebagai keutamaan,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan