Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri,Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Hayati nilai toleransi dan kasih sayang sempena Hari Wesak – Perdana Menteri

KUALA LUMPUR, 15 Mei : Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengajak Keluarga Malaysia untuk menghayati nilai toleransi, kasih sayang dan berkhidmat untuk sesama manusia sempena sambutan Hari Wesak, hari ini.

Menerusi perkongsian di Facebooknya, beliau berkata perayaan itu disambut bagi memperingati falsafah utama iaitu berbuat baik sesama insan dan melakukan kerja-kerja amal, selain toleransi serta kasih sayang. 

Perdana menteri berkata semua perayaan diraikan dalam suasana kasih sayang dan hormat-menghormati dengan penuh harmoni.

“Selamat menyambut Hari Wesak bagi yang beragama Buddha di Malaysia.

“Hayati nilai toleransi, kasih sayang dan berkhidmat untuk sesama manusia sebagai sebuah Keluarga Malaysia,” katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan