Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemain beregu wanita pekak negara, Boon Wei Ying menyumbangkan tiga pingat buat Malaysia pada Deaflympic ke-24 di Caxias do Sul, Brazil.
Wei Ying menunjukkan tiga pingat yang dimenanginya pada Deadflympic ke-24 di Brazil selepas mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, semalam.

Wei Ying sumbang tiga pingat buat Malaysia di Deaflympic ke-24

KUCHING, 15 Mei : Pemain badminton beregu wanita pekak negara, Boon Wei Ying menyumbangkan tiga pingat kepada Malaysia pada Deaflympic ke-24 di Caxias do Sul, Brazil.

Wei Ying sebelum ini hanya menyasarkan satu pingat namun berjaya meraih pingat emas dalam acara beregu badminton wanita pada Khamis lepas.

Baca > > > Beregu wanita badminton pekak tamatkan kemarau 21 tahun emas Sukan Deaflympic

Katanya, dia berasa amat teruja dan bangga kerana mendapat tiga pingat untuk mengharumkan nama Malaysia dalam acara badminton.

“Ketika acara berlangsung, saya memberikan yang terbaik untuk menewaskan lawan,”katanya.

Wei Ying berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.

Terdahulu, Wei Ying-Foo Zu Tung menamatkan kemarau 21 tahun Malaysia apabila meraih pingat emas acara berkenaan dalam aksi selama 48 minit yang penuh mendebarkan.

Pada final, gandingan emas Malaysia itu menundukkan beregu nombor satu dunia dari Taiwan, Fan Jung-yu-Shen Yan-ru dengan keputusan 21-17, 17-21, 21-15.

Kali terakhir Malaysia merangkul emas menerusi atlet lelaki olahraga pekak Zana Azizul Ujang dalam acara 110 meter lari berpagar di Sukan Deaflympic Rom, Itali pada 2001.

Sementara itu, Wei Ying turut menghadiahkan pingat perak menerusi gandingan bersama Edmund Teo Seng Keong bagi acara beregu campuran.

Gandingan tersebut berjaya menundukkan beregu India, Abhinav Sharma-Jevlin Jayaratchagan 14-21,7-21 pada perlawanan akhir.

Pingat ketiga iaitu gangsa diraih menerusi acara perseorangan wanita selepas pemain Jepun, mai Yakabe menarik diri akibat dijangkiti COVID-19.

Wanita kelahiran Melaka itu berharap kehadiran atlet pekak seperti dirinya dan atlet lain akan lebih disedari selepas ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan