NORWICH, 14 Mei: Lebih 7,000 domino gergasi tumbang melintasi rumah, kedai dan pusat membeli-belah di sekitar bandar Norwich di timur England semalam, lapor Reuters.
“Arca bergerak” itu telah dipasang oleh lebih daripada 200 sukarelawan di sekitar bandar itu sebagai tanda permulaan Pesta Norfolk dan Norwich yang ke-250.
BBC melaporkan setiap konkrit domino adalah seberat 8 kilogram, manakala laluan domino sejauh 2.5 kilometer itu dianggarkan mengambil masa kira-kira setengah jam.
Artis Julian Maynard Smith berkata tujuan persembahan seni itu adalah supaya masyarakat setempat bersatu dan melihat persekitaran mereka dari pespektif baharu.
Pesta seni tahunan itu telah bermula sejak 1772. – TVS