Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ismail Sabri berkata Malaysia amat menghargai sumbangan murni Sheikh Khalifa yang telah mengukuhkan hubungan persaudaraan antara kedua-dua negara. Foto: Ismail Sabri Yaakob (Facebook)

Ismail Sabri zahir ucapan takziah kemangkatan presiden UAE

ByBernama

KUALA LUMPUR, 14 Mei: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan ucapan takziah kepada Naib Presiden dan Perdana Menteri  Emiriah Arab Bersatu (UAE) Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum dan rakyat negara itu atas kemangkatan Presidennya, Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahyan.

Perdana Menteri berkata beliau sedih apabila mendapat perkhabaran mengenai kemangkatan Pemerintah Abu Dhabi itu yang disifatkannya sebagai pemimpin berwawasan serta telah berjasa besar kepada kemajuan dan kemakmuran UAE.

“Pencapaian, kebijaksanaan dan kemurahan hati Almarhum telah memberi manfaat kepada rakyat UAE dan seluruh umat Islam,” katanya.

Baca lagi > > > Presiden UAE Khalifa bin Zayed Al Nahyan meninggal dunia pada usia 73

Ismail Sabri berkata Malaysia amat menghargai sumbangan murni Sheikh Khalifa yang telah mengukuhkan hubungan persaudaraan antara kedua-dua negara.

“Doa dan ingatan saya sentiasa bersama Yang Mulia, Ahli Kerabat Diraja dan rakyat UAE dalam menghadapi waktu-waktu yang sukar ini.

“Semoga Allah SWT merahmati Yang Mulia Almarhum dan menempatkan rohnya bersama-sama golongan yang soleh. Al-Fatihah,” katanya dalam catatan melalui akaun Facebook.

Menurut laporan media, Sheikh Khalifa yang memerintah sejak 2004 meninggal dunia pada usia 73 tahun semalam selepas berehat lama akibat sakit.

Istiadat penghormatan terakhir Sheikh Khalifa dijadual berlangsung selama tiga hari bermula hari ini hingga 16 Mei. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan

ByFirdaus Ismail-
ByDouglas Elliot-
ByLuqman Muhammad-