Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Cahya Mata Sarawak Bhd (CMS)

CMS tebus sepenuhnya MTN Islam Matang pada 5 Mei

KUALA LUMPUR, 13 Mei : Cahya Mata Sarawak Bhd (CMS) telah membayar sepenuhnya Nota Jangka Sederhana Islam dengan nilai nominal RM500 juta pada tarikh matang terjadual 5 Mei, 2022 melalui dana dalaman.

Susulan penebusan itu, tiada Nota Jangka Sederhana Islam tertunggak di bawah program sukuk CMS bernilai nominal sehingga RM2 bilion, menurut CMS dalam kenyataan pada Jumaat.

Satu-satunya pembuat simen di Sarawak itu menjelaskan, program sukuknya juga diberikan penarafan AA3/Stabil oleh RAM Rating Services Bhd.

Pengesahan itu menunjukkan jangkaan RAM Ratings bahawa prestasi operasi CMS akan bertambah baik secara beransur-ansur kerana ia mendapat manfaat secara langsung daripada peningkatan dalam aktiviti pembinaan Sarawak.

CMS membuat terbitan sukuk pertama pada 5 Mei, 2017 bernilai RM500 juta untuk membiayai terutama perbelanjaan modal dan keperluan modal kerja.

Melangkah maju, CMS berhasrat untuk memanfaatkan lebih banyak dana berasaskan alam sekitar, sosial dan tadbir urus untuk menyesuaikan keperluan pendanaan jangka panjangnya dengan projek berkaitannya dan meningkatkan pendapatan merentas pengkhususan perniagaan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan