Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rumah sembelihan ditutup

Pindaan RUU Kanun Tanah akan bersifat menyeluruh – Stephen Rundi

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING,12 Mei : Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Dato Sri Dr. Stephen Rundi Utom memaklumkan cadangan pembentangan pindaan Rang Undang-Undang (RUU)  Kanun Tanah pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang adalah bersifat menyeluruh.

Ujar beliau, RUU berkenaan akan dibentangkan sendiri oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Kanun tanah sudah dipinda, namun yang ini merupakan penambahbaikan, supaya apa pun hak tanah yang ada terjaga dalam Rang Undang-Undang baharu nanti.

“Buat masa sekarang, kita mengurus hal tanah, oleh itu kita perlu menangani setiap aspek mengenainya.

“Ketika pembentangannya nanti, anda akan mendengarnya apabila tiba masanya nanti, maklumatnya ada di sana,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri majlis pengagihan kuih tradisi etnik Dayak kepada orang awam bersempena dengan Program Mantar Aco Lepa Ajau Birami Gawai di Kuching, hari ini.  

Dalam majlis tersebut, sebanyak 4000 kuih tradisi etnik Iban, Bidayuh, Kenyah, dan Lun Bawang telah diagihkan kepada orang awam. – TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan

No data was found