Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua buah rumah di Kampung Tutus Hilir di sini musnah sepenuhnya dalam satu kebakaran sekitar jam 5 petang Khamis.
Foto: Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak

Dua buah rumah Kampung Tutus Hilir musnah terbakar

MUKAH, 12 Mei : Dua buah rumah di Kampung Tutus Hilir di sini musnah sepenuhnya dalam satu kebakaran sekitar jam 5 petang Khamis.

Kenyataan dari Pusat Gerakan Operasi (PGO) Sarawak memberitahu Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mukah telah dimaklumkan tentang kejadian tersebut kira-kira pada jam 5.04 petang.

“Pihak bomba mendapati kebakaran melibatkan dua buah rumah jenis tidak kekal yang telah terbakar 100 peratus,” katanya.

Dua buah rumah jenis tidak kekal telah terbakar sepenuhnya. Foto: Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak
Dua buah rumah jenis tidak kekal telah terbakar sepenuhnya. Foto: Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak

Menurutnya, pasukan BBP Mukah yang diketuai PPgB Azman Hanapis menjalankan operasi pemadaman dan berjaya mengawal api yang marak.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran masih dalam siasatan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan