Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
LONDON, 12 Mei -- Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bersama The Princess Royal Britain, Princess Anne ketika berangkat ke pameran Tenun Pahang Diraja yang dipamerkan di London Craft Week yang berlangsung sejak Isnin sehingga 15 Mei di bangunan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Belgrave Square, pada Rabu.


Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bersama The Princess Royal Britain, Princess Anne ketika berangkat ke pameran Tenun Pahang Diraja yang dipamerkan di London Craft Week yang berlangsung sejak Isnin sehingga 15 Mei di bangunan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Belgrave Square, pada Rabu.

 Foto: Bernama

Kerabat Diraja Britain lawat pameran Tenun Pahang Diraja

ByBernama

LONDON, 12 Mei: Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menerima kunjungan hormat dan menyantuni The Princess Royal Britain di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Belgrave Square, petang Rabu. 

Menurut hantaran terkini di laman sosial rasmi Istana Negara, The Princess Royal berkenan melawat Pameran Tenun Pahang Diraja yang diadakan buat julung kalinya di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Belgrave Square, sempena Minggu Kraf London dari 9 hingga 15 Mei.

Tunku Azizah, yang juga penaung Yayasan Tenun Pahang Diraja, turut berkenan memberi penerangan kepada The Princess Royal mengenai pameran seni kraf tenunan yang menampilkan tenunan hasil kerja tangan penghuni di Penjara Penor dan Penjara Bentong, Pahang, termasuk busana pilihan pakaian Raja Permaisuri Agong sendiri, serta koleksi rekaan dan tenun peribadi.

Pameran yang bertemakan ‘Menyulam Harapan’ (Weaving Hope) turut menampilkan fabrik arkib dari Muzium Pahang selain koleksi baju kurung dan samping Riau-Pahang serta penenun yang merupakan bekas banduan penjara.

Pameran Tenun Diraja Pahang itu adalah satu daripada dua negara terpilih iaitu Malaysia dan Norway untuk menjayakan Pavilion Negara, yang ditampilkan bagi mengukuhkan festival kraf yang menjadi platform berkongsi perspektif global, dan menyerlahkan perhatian terhadap London sebagai hab antarabangsa untuk mempertemukan pembuat dan kreativiti cemerlang dari seluruh dunia.

Terdahulu, Tunku Azizah turut berkenan menerima kunjungan hormat dan menyantuni Birgitte, The Duchess of Gloucester yang melawat pameran tenunan yang mendapat perhatian rakyat Britain serta orang kenamaan.

The Duchess of Gloucester, yang berasal dari Denmark berkahwin dengan Putera Richard, Duke of Gloucester, sepupu kepada Ratu Elizabeth II.

Dalam lawatan ke pameran itu, The Princess Royal Britain dan The Duchess of Gloucester masing-masing turut berkenan meluangkan masa menyaksikan demonstrasi penghasilan kain tenun oleh penenun Tenun Pahang Diraja. –TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan