Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KEJOHANAN PIALA THOMAS DAN PIALA UBER
Reaksi Aksi Pemain Badminton Perseorangan Negara Lee Zii Jia ketika menentang pemain dari Jepun Kento Momota pada Kejohanan Piala Thomas di Stadium Impact Arena Bangkok pada 11 Mei. Lee Zii Jia menang dengan keputusan 21-17, 21-8. Foto: Bernama

Piala Thomas: Malaysia bertemu India dalam suku akhir

ByBernama

BANGKOK, 12 Mei: Malaysia yang merupakan Juara Kumpulan D diundi bertemu India, Naib Juara Kumpulan C  pada suku akhir Final Piala Thomas dalam undian yang berlangsung di sini hari ini. 

Malaysia akan berhadapan Korea Selatan atau Denmark sekiranya layak ke separuh akhir.

Undian hari ini juga menyaksikan juara bertahan Indonesia bertemu China yang merupakan seperti satu ulangan final tahun lepas sementara Juara Kumpulan C, Taiwan akan menentang Jepun. 

Mengulas mengenai undian ini, Pengarah Prestasi Tinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Dr Tim Jones berkata skuad negara  tidak akan mengambil mudah cabaran dari India kerana ia mempunyai barisan pemain yang mantap pada edisi tahun ini.

“Bagaimanapun, kami merasa yakin selepas berhadapan dengan Jepun dan kami sedia  untuk bertemu dengan sesiapa pun pada waktu ini, ayuh , ke suku akihir,” katanya kepada wartawan ketika ditemui selepas  sesi cabutan undian itu.

Tim juga gembira menyaksikan kemenangan Malaysia ke atas Juara 2014, Jepun terutamanya aksi hebat Lee Zii Jia menumpaskan Kento Momota yang beliau percaya akan melonjakkan keyakinan pemain itu menjelang perlawanan suku akhir menentang India. 

Sementara itu, pemain perseorangan nombor satu negara, Zii Jia percaya perlawanan suku akhir kali ini adalah seimbang selepas beberapa pemain ternama seperti Kento dari Jepun dan wakil Indonesia Anthony Sinisuka Ginting bergelut dengan prestasi masing-masing ketika ini.

Terdahulu, Zii Jia mengatasi pesaing utamanya Kento Momota 21-17, 21-8 untuk membantu Malaysia muncul Juara Kumpulan D selepas menewaskan Jepun 3-2.

Pada masa sama, ketua pasukan Aaron Chia yang bergandingan dengan bekas teman regunya dalam edisi 2018, Teo Ee Yi menyumbangkan mata kemenangan Malaysia dengan mengatasi beregu Jepun  Akira Koga-Yuta Watanabe, 22-20, 21-17 dalam satu perlawanan yang sungguh menarik. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan