KUALA LUMPUR, 11 Mei : Sarawak United FC meraih kemenangan kedua Liga Super 2022 setelah menewaskan Sri Pahang FC 2-1 di Stadium Darul Makmur sebentar tadi.
Tuan rumah bagaimanapun terlebih dahulu berada di depan menerusi jaringan Manuel Hidalgo pada masa tambahan separuh masa pertama.
Permainan babak kedua menyaksikan Sarawak United mula memperkemaskan rentak permainan dalam usaha mencari jaringan penyamaan.
Nur Shamie Iszuan Amin memulakan malam cemerlang pasukannya apabila mencetak nama selaku penjaring pada minit ke -55.
Asakan bertali arus Ngap Sayot mula memberi tekanan kepada Tok Gajah apabila dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-73.
Uche Agba tidak mensia-siakan peluang terhidang apabila sepakannya menewaskan penjaga gol tuan rumah, Samassa.
Kedudukan itu kekal hingga wisel penamat separuh masa kedua dibunyikan.
Sarawak United FC kini naik ke tangga ke sepuluh liga dengan memungut tujuh mata. -TVS