Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Syarikat Australia minat labur mangan sulfat di Sarawak

ByAmirah Shawel

KUCHING, 11 Mei : Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, telah mengadakan perbincangan dengan Element 25 Limited dari Australia berhubung minat syarikat tersebut untuk melabur dalam pengeluaran mangan sulfat di Sarawak.

Syarikat Australia tersebut diwakili Pengarah Urusan, Justin Brown, dan Pengurus Pembangunan, Neil Graham, semasa kunjungan hormat itu pada hari ini (Rabu).

Menurut satu kenyataan, syarikat itu ingin mengeluarkan mangan sulfat untuk pembuatan bateri ion litium.

Tujuan kunjungan kedua-dua wakil syarikat itu ke Sarawak adalah untuk menjalankan kajian kebolehlaksanaan projek tersebut.

Sarawak kini semakin menarik minat kepada sektor kenderaan elektrik dengan terdapatnya kilang pengeluaran ‘copperfoil’ (kerajang tembaga) yang beroperasi di Kuching.

Sementara itu, kerajaan turut menjalankan perbincangan bersama beberapa pelabur yang berminat untuk mengeluarkan bahan api hidrogen di Sarawak untuk memanfaatkan tenaga elektrik hijau yang ada di negeri ini.

Selaras dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 Sarawak 2030, aktiviti perkilangan seperti ini dialu-alukan untuk mencapai ekonomi berpendapatan tinggi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan