Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

#COVID19: Sarawak Catat 1 Kes Import Di, Kota Samarahan

ByConnie Grace

KUCHING: Daerah Kota Samarahan mencatatkan satu (1) kes import sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di Sarawak meningkat kepada 752 kes.

Jawatankuasa Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, Kes ke-752 ini merupakan seorang warganegara tempatan yang bekerja sebagai seorang penyelia di sebuah syarikat pembinaan di Kuching.

Mengulas lebih lanjut, kes ini pernah melakukan perjalanan ke Kota Kinabalu, Sabah pada 20 September 2020 dan balik ke Sarawak melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) pada 1 Oktober 2020.

“Semasa tiba di KIA, kes ini telah menjalani saringan ujian rT-PCR dan diberikan arahan kuarantin di rumah selama 14 hari namun keputusan saringan tersebut di dapati negatif pada 1 Oktober 2020.” katanya

Walaubagaiamanapun, pada 9 Oktober 2020 iaitu pada hari ke-10, Hospital Umum Sarawak telah mengesahkan kes ini positif COVID-19 pada saringan ujian rT-PCR COVID-19.

“Kes ini tidak mengalami atau menunjukkan sebarang tanda dan gejala jangkitan oleh Hospital Umum Sarawak.

“Kes ini telah mendapat jangkitan semasa berada di Sabah iaitu kawasan berisiko tinggi dengan COVID-19.” Tambah JPBNS menerusi kenyataan media harian pada Isnin.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan