Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

STB realisasi agenda ekonomi digital Sarawak

KUCHING, 11 Mei : Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) telah melancarkan platform pengurusan data dalam talian iaitu Intel dan E-pembelajaran dengan Lotus Voyager Group (LVG) sebagai satu usaha pendigitalan industri pelancongan.

Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pelancongan Industri Kreatif dan Seni Persembahan telah melancarkan inisiatif digital tersebut bersama Hii Chang Kee, Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak dan Sharzede Datu Salleh Askor, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Sarawak.

Katanya, STB InTel akan menyediakan satu kompenan dalam strategi pelancongan digital Sarawak yang mana membolehkan pihak berkepentingan kementerian dan industri pelancongan memanfaatkan data yang dikumpul daripada agensi kerajaan, laman web pelancongan selain Google Analitis bagi memantau keberkesanan strategi pelancongan peluang utama dan mencipta inisiatif baharu serta cadangan dasar dalam masa terdekat.

“Platform perkongsian data seperti STB InTel akan membantu memastikan kesepaduan antara sektor awam dan swasta sambil bekerjasama untuk mencipta strategi yang lebih maklum untuk pembangunan produk yang lebih disasarkan,” katanya.

Selain itu, Sarawak merupakan negeri pertama di Malaysia yang menggunakan sistem pengurusan pembelajaran pertama di dunia pada peringkat B2B bagi menghubungkan kerjasama dengan profesional pelancongan di seluruh dunia bagi mempromosikan Sarawak sebagai destinasi pelancongan pilihan.

“Sejak diperkenalkan pada awal April, terdapat 1,346 pengendali pelancongan keluar di rantau ini bersedia untuk mendaftar dalam kursus tersebut, dan kami menjangkakan lebih 10,000 ejen pelancongan terpilih akan dilatih di bawah khusus menjelang akhir tahun Disember 2022,” katanya.

Dalam pada itu, program ini juga telah menetapkan seribu pengguna baharu untuk kursus setiap bulan bagi promosi yang disediakan di India, Nordic dan United Kingdom pada bulan akan datang.

Sementara itu, mengenai perkongsian dengan LVG, beliau yakin platform e-pembelajaran yang akan disediakan akan menyalurkan maklumat yang relevan tentang cara mempromosikan Sarawak kepada pengendali pelancongan antarabangsa terutamanya pelanggan LVG teramasuk China, India, Indonesia, Jepun, Korea, Filipina, Thailand dan Malaysia.

Justeru, lima modul perlu ditonjolkan keajaiban Sarawak iaitu mengenai budaya, pengembara alam semual jadi, makanan dan Festival Sarawak (CANFF).-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan