Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Manny Pacquiao
Foto: Reuters

“Saya tahu bagaimana untuk menerima kekalahan” – Manny Pacquiao

ByNurul Amarlina

MANILA, 11 Mei: Bekas juara peninju dunia Manny Pacquiao telah mengakui kekalahannya dalam pilihan raya presiden Filipina pada Selasa, selepas kiraan tidak rasmi menunjukkan Ferdinand Marcos Jr mendahului calon lain dengan margin yang luas, lapor Reuters.

Pacquiao, yang telah berikrar untuk memerangi rasuah, membanteras dadah dan memperbaiki kehidupan rakyat Filipina yang miskin, mengucapkan tahniah kepada Ferdinand atas kemenangannya dan berharap anak kepada mendiang diktator itu akan “membantu golongan miskin”.

Video yang dikongsi di laman Facebook rasminya menunjukkan senator Filipina itu turut berterima kasih kepada rakyat yang menyokong kempennya.

“Sebagai petinju dan atlet, saya tahu bagaimana untuk menerima kekalahan,” Pacquiao, 43, berkata dalam video berjudul ‘Saya boleh tinggalkan politik tetapi saya tidak berhenti berkhidmat’.

https://www.facebook.com/MannyPacquiao/videos/694957121710293/
Pacquiao memberi ucapan melalui video di Facebook semalam. Kredit: Manny Pacquiao (Facebook)

“Walaupun saya kalah dalam pertarungan ini, saya berharap rakyat Filipina yang sedang bergelut akan menang.”

Kekalahan tersebut menandakan tamatnya aksi Pacquiao dalam arena politik buat ketika ini.

“Buat masa ini, saya menggunakan peluang ini untuk berehat dan meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga,” jelasnya dalam video tersebut.

Katanya lagi, beliau akan meneruskan kerja amalnya melalui Yayasan Manny Pacquiao.

“Saya tidak akan pernah berpaling daripada berkhidmat kepada rakyat saya dan orang susah.”

Menurut media antarabangsa, tinjauan sebelum pilihan raya menunjukkan Pacquiao hampir tiada peluang untuk memenangi pilihan raya, dan keputusan mereka disahkan oleh pengiraan awal yang menunjukkan dia memperoleh kurang daripada empat juta undi, atau 6.6 peratus daripada undian yang dikira.

Jumlah undian itu menjadikannya berada di kedudukan ketiga di belakang Marcos, yang menerima lebih daripada separuh undi, dan tempat kedua Leni Robredo.

Pacquiao bersara daripada acara tinju pada September lepas untuk memberi tumpuan kepada kempen politiknya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan