Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
"Shot Sage Blue Marilyn" merupakan satu siri potret yang dihasilkan oleh Warhol mengenai pelakon itu selepas kematian Monroe pada tahun 1962 dan sejak itu telah menjadi salah satu karya seni pop yang paling terkenal.
"Shot Sage Blue Marilyn" merupakan satu siri potret yang dihasilkan oleh Warhol mengenai pelakon itu selepas kematian Monroe pada tahun 1962 dan sejak itu telah menjadi salah satu karya seni pop yang paling terkenal. Foto: Reuters

Potret Marilyn Monroe dilelong RM854 juta

ByNurul Amarlina

NEW YORK, 11 Mei: Potret terkenal bintang Hollywood Marilyn Monroe oleh artis pop Andy Warhol terjual pada harga RM854 juta (AS$195 juta) dalam sebuah lelongan pada Isnin, lapor Reuters, sekaligus memecah rekod sebagai lelongan tertinggi bagi karya seni artis Amerika.

“Shot Sage Blue Marilyn” merupakan satu siri potret yang dihasilkan oleh Warhol mengenai pelakon itu selepas kematian Monroe pada tahun 1962 dan sejak itu telah menjadi salah satu karya seni pop yang paling terkenal.

Potret yang berada dalam koleksi peniaga seni Switzerland Thomas dan Doris Ammann itu telah dijual dalam lelongan Christie’s di New York.

Anggaran pra-jualan adalah AS$200 juta.

Lukisan itu dijual dengan pada AS$170 juta, manakala yuran tambahan memberikan harga akhirnya AS$195 juta.

Penjualan itu memecahkan rekod sebelumnya untuk karya seni Amerika yang dilelong pada harga AS$110.5 juta pada 2017 untuk sebuah lukisan oleh Jean-Michel Basquiat yang dihasilkan pada 1982.

“Kami memang menjual lukisan paling mahal pada abad ke-20. Saya sangat berbangga dengan itu…saya rasa semua orang sangat bangga dengan itu.

“Ini adalah pencapaian besar bukan pada saya, tetapi hanya pada Warhol dan Marilyn…karya seni abad ke-20, karya seni Amerika, ia adalah harga tertinggi yang pernah dibayar, hampir $200 juta. Ini satu perkara luar biasa,” kata Alex Rotter, pengerusi seni Abad ke-20 dan ke-21 di Christie’s.

Lukisan itu berdasarkan gambar promosi Monroe dari filem 1953 “Niagara,” dengan warna-warna terang di atas mata, rambut dan bibirnya.

“Shot Sage Blue Marilyn” merujuk kepada sebuah kejadian di mana seorang wanita menembak ke arah timbunan empat potret Marilyn di studio Warhol dengan pistol. Namun begitu, lukisan “Shot Sage Blue Marilyn” tidak terkena peluru.

Monroe merupakan seorang bintang Hollywood yang paling terkenal sebelum kematiannya akibat pengambilan dadah sedatif melebihi dos di rumahnya di Los Angeles pada 4 Ogos 1962.

Warhol meninggal dunia pada tahun 1987. – TVS

Berita Berkaitan

ByBernama-
ByBernama-

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan

ByBernama-
ByBernama-