Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang ahli perniagaan berpangkat Datuk dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan cuba menipu dengan menyamar sebagai Setiausaha Sulit Tengku Mahkota Pahang, dua tahun lepas. Foto: BERNAMA

Buli OKU, penganggur didenda RM1,000

ByTVS

TAIPING, 10 Mei: Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM1,000 kepada seorang penganggur selepas mengaku bersalah kerana telah mengakibatkan kecederaan ke atas seorang remaja kurang upaya (OKU) lembam pada Sabtu lalu.

Menurut pertuduhan, Mohammad Hidayat didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada mangsa yang berusia 13 tahun di sebuah lokasi di Taman Tasik Taiping kira-kira jam 2.15 pagi, 7 Mei lalu.

Kesalahan dibaca mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dengan sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Majistret Nurfarah Syahidah Mohd Noh turut menetapkan hukuman penjara sebulan sekiranya tertuduh, Mohammad Hidayat Hamzah, 22 tahun gagal membayar denda terbabit.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Nur Amalina Harun, manakala tertuduh diwakili Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Ng Wei Jun.

Tertuduh yang hadir ke mahkamah ditemani bapanya telah membayar denda dikenakan.

Terdahulu, suspek ditahan susulan video tular di laman sosial berdurasi 1.02 minit memaparkan seorang lelaki menampar dan membuli sehingga menangis ketakutan sambil memegang basikal.

Insiden itu berpunca apabila penganggur terbabit ingin meminjam basikal milik mangsa. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan