Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Nerosha Keligit (kiri) dan Gillian Lim (kanan) terpilih mewakili negara buat kali pertama ke Sukan Sea. Foto Malaysia Boling dan ABF.

Puteri boling Sarawak mahu gegar pentas Sukan Sea

KUALA LUMPUR, 10 Mei : Terbang merentasi Laut China Selatan ke Vietnam hari ini untuk membuat penampilan sulung pada pentas Sukan SEA, Gillian Lim, atlet boling kelahiran Sarawak tidak mahu menjadi sekadar ‘penumpang’ dalam skuad negara.

Sebaliknya pemain boling berusia 23 tahun ini memasang impian untuk menggegarkan lorong di Pusat Boling Diraja Hanoi dengan hayunan bertenaganya sekaligus meraih pingat untuk negara.

Pada masa sama, Gillian juga mahu menebus prestasi kurang memberangsangkan ketika mewakili negara pada Kejohanan Dunia di Dubai, tahun lepas apabila pulang dengan tangan kosong.

“Oleh itu saya meletakkan sasaran peribadi untuk meraih dua pingat tanpa mengira warna dengan acara yang menjadi tumpuan ialah beregu dan berpasukan,”katanya kepada TVS.

Selain Gillian, pasukan wanita negara turut dibarisi seorang lagi wakil Sarawak, Nerosha Keligit serta diperkuatkan dengan bekas juara remaja dunia, Nur Syazwani Sahar dan bekas juara remaja Asia, Nora Lyana Natasia.

Baca lagi > > > Dari Miri ke Kejohanan Dunia

Baca lagi > > > Juara boling dunia kelahiran Sarawak kini juruteknologi di Amerika Syarikat

Pasukan lelaki pula terdiri daripada Hafiz Zainuddin, Syazirol Shamsudin, Nervern Netaneel dan Shah Rukh Amin Zulkilfi.

Kali ini Persatuan Tenpin Boling Malaysia (MTBC) memberi peluang kepada skuad muda untuk bersaing apabila merehatkan barisan pemain utama.

Ditanya tentang saingan yang bakal diterima, Gillian yang pernah meraih dua pingat emas pada Kejohanan Remaja Asia berkata, dia dan rakan – rakan sedar cabaran sengit daripada Singapura yang membariskan juara dunia, Cherie Tan, pemenang tiga pingat emas Sukan SEA di Filipina, New Hui Fen dan dua pemain berpengalaman iaitu Daphne Tan dan Bernice Lim.

“Namun demikian apabila bersaing pada mana – mana kejohanan, setiap atlet mengimpikan kemenangan, tidak terkecuali saya pada saingan temasya Sukan SEA ini,”katanya.

Pada 2019, skuad negara membawa pulang dua emas, tiga perak dan dua gangsa sekaligus kehilangan takhta juara keseluruhan boling selama empat edisi berturut – turut bermula 2007 di Korat, Thailand. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan