Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tangkap layar menunjukkan pergaduhan antara seorang pelanggan restoran nasi kandar dengan pekerja restoran berkenaan di Bahau akibat tidak puas hati dengan harga makanan. Foto: Media sosial
Tangkap layar menunjukkan pergaduhan antara seorang pelanggan restoran nasi kandar dengan pekerja restoran berkenaan di Bahau akibat tidak puas hati dengan harga makanan. Foto: Media sosial

Nasi goreng ‘kosong’ RM6 punca lelaki ditumbuk pekerja kedai nasi kandar

ByNurul Amarlina

BAHAU, 7 Mei : Akibat tidak berpuas hati terhadap harga RM6 yang dikenakan untuk ‘nasi goreng kosong’, seorang pelanggan terlibat dalam pergaduhan dengan seorang pekerja sebuah restoran nasi kandar di Bahau, Jempol, Negeri Sembilan, awal pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, berdasarkan laporan, pelanggan yang merupakan lelaki Melayu mendakwa dia ditumbuk oleh seorang pekerja restoran berkenaan dalam kejadian pada pukul 2.31 pagi itu.

Katanya, berdasarkan siasatan, pergaduhan berpunca daripada rasa tidak puas hati ibu pengadu berkaitan harga makanan yang perlu dibayar.

“Juruwang restoran itu telah meninggikan suara kepada ibu pengadu yang mempertikaikan harga nasi goreng kosong dan telur yang berharga RM6.

“Ini menyebabkan anak lelakinya berang dan membaling kotak tisu ke arah juruwang itu dan terkena barang-barang di atas kaunter,”katanya menerusi kenyataan media.

Chang Hook berkata, seorang pekerja restoran kemudian menumbuk pengadu.

“Susulan itu, beberapa pekerja dan pelanggan lain cuba meleraikan pergaduhan tersebut,”katanya.

Beliau berkata, video awam yang merekodkan kejadian itu juga tular.

Sementara itu, Chang Hook turut menafikan dakwaan campur tangan polis dalam menyelesaikan kes pengadu.

“Polis telah mengambil tindakan mengikut prosedur dan peraturan yang telah ditetapkan tanpa menyebelahi mana-mana pihak,”katanya.

Ujarnya, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan