Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Balai dan Penyelamat Limbang, Penolong Penguasa Bomba, Clarence D. Primus Tiandun (empat kiri) bersama pengerusi PBS di setiap kawasan di Limbang. – Foto BBP Limbang

PBS Limbang aktif bantu masyarakat

LIMBANG, 7 Mei : Sikap proaktif dalam kalangan seramai 270 anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) banyak membantu Balai Bomba dan Penyelamat di daerah ini melaksanakan khidmat masyarakat dan operasi menyelamat.

Ketua Balai dan Penyelamat Limbang, Penolong Penguasa Bomba, Clarence D. Primus Tiandun berkata, setakat ini Limbang mempunyai lima PBS yang sebahagian besarnya disertai penduduk kampung dan rumah panjang.

Mereka terdiri daripada PBS Kabima, PBS Seberang Kedai, PBS Pengkalan Madang, PBS Bakti Gabungan dan PBS Nanga Medamit.

“Pasukan Bomba Sukarela Limbang memang sangat aktif dan sangat membantu kita. Kebanyakan mereka di tempat jauh dan terdapat sebahagian lokasi sukar untuk dicapai dalam jangka masa yang singkat,” katanya ditemui di sini semalam.

Menurut Clarence, jumlah keahlian berubah setiap tahun mengikut keaktifan dan cadangan pengerusi di kawasan masing-masing.

Bagaimanapun katanya, mereka kerap menjalani latihan bersama dengan anggota Balai Bomba Limbang.

“Memang kita ada membuat latihan secara bersama dengan ahli-ahli PBS setiap hari Sabtu minggu kedua, Kita akan memberi tunjuk ajar cara memadam api dan mengendalikan pam.

“Asas -asas keselamatan juga diberi keutamaan sepanjang sesi latihan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, inisiatif itu merupakan sebahagian usaha untuk memperkasakan lagi peranan setiap anggota PBS tersebut.

Dalam pada itu ujarnya, pihaknya juga bercadang untuk mewujudkan satu lagi PBS baharu yang dijangka melibatkan kira-kira 13 buah rumah panjang di kawasan Ulu Limbang. –TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan

No data was found