Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berkata Sarawak masih lagi berunding mengenai formula yang sesuai untuk mengagihkan geran di bawah Perkara 112D. Foto: TVS
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berkata Sarawak masih lagi berunding mengenai formula yang sesuai untuk mengagihkan geran di bawah Perkara 112D. Foto: TVS

Pemberian 40% hasil negeri ‘berteraskan formula sesuai’ 

ByKhairil Zharif Affindie

KUCHING, 6 Mei : Kerajaan Sarawak masih lagi mengadakan rundingan berteraskan formula yang sesuai dengan Kerajaan Persekutuan berhubung 40 peratus hasil yang dikutip oleh Putrajaya daripada negeri Sarawak.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berkata Sarawak masih lagi berunding mengenai formula yang sesuai untuk mengagihkan geran di bawah Perkara 112D.

“Sarawak mesti berteraskan kepada formula. Kalau negara kita mempunyai pendapatan dan ekonomi kita baik, maka kita diagihkan menurut formula yang dipersetujui dengan Kerajaan Persekutuan, dan begitu juga kalau keadaan ekonomi kita tidak begitu baik, sudah tentu pendapatan kita akan menurun, geran kita sudah tentu menurun.

“Jadi ini lebih adil kepada kedua-dua pihak. Sebab itu, dalam perundingan sekarang, kita masih lagi berunding mengenai formula yang sesuai, yang boleh diguna pakai untuk mengagihkan geran di bawah Perkara 112D,” katanya ketika ditemui pemberita.

Sebelum ini, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, dalam satu kenyataannya, mendakwa peruntukan 40 peratus itu tidak lagi wujud.

Untuk makluman, pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang lalu, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, menegaskan kerajaan Sabah tetap dengan pendirian untuk menuntut 40 peratus hasil yang dikutip oleh kerajaan pusat daripada negeri itu, walaupun peruntukan sedemikian dinafikan oleh Putrajaya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan