Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mangsa kebakaran keluarga OKU rentung di Kampung Hulu deka Jalan Abang Haji Putih menerima bantuan kewangan daripada Datuk Ali Biju

Keluarga kanak-kanak OKU yang rentung dalam kebakaran terima bantuan kewangan

SARATOK, 4 Mei : Keluarga kanak-kanak kurang upaya (OKU) yang rentung dalam satu kebakaran di Kampung Hulu berhampiran Jalan Abang Haji Puteh di sini telah menerima bantuan kewangan daripada Ahli Parlimen Saratok, Datuk Ali Biju.

Beliau menyampaikan bantuan tersebut kepada wakil keluarga mangsa, Mat Ali Maliki, 47, ketika beliau melawat tapak kebakaran di sini pada Selasa.

“Kita memberi bantuan awal kepada mangsa kebakaran ini berjumlah RM10,000 daripada pusat khidmat untuk digunakan bagi apa jua kerja pembinaan buat sementara waktu.

Baca > > > Kanak-kanak OKU rentung dalam kebakaran

Ahli Parlimen Saratok, Datuk Ali Biju melawat ke tapak kebakaran di Kampung Hulu dekat Jalan Abang Haji Putih, Saratok.
Ahli Parlimen Saratok, Datuk Ali Biju (memakai baju Melayu merah), melawat ke;luarga mangsa kebakaran di Kampung Hulu berhampiran Jalan Abang Haji Puteh, Saratok.

“Bantuan lain seperti jabatan Kebajikan memang sudah ada menyusul, termasuk bantuan dari Pejabat Daerah terutamanya bantuan bencana yang ada pada kerajaan negeri Sarawak,” katanya.

Beliau, yang juga Timbalan Menteri Tenaga dan sumber Asli, menyifatkan insiden kebakaran pada 30 April itu sebagai satu dugaan besar bagi keluarga mangsa dalam kesibukan membuat persiapan Syawal.

Sementara itu, bagi Mat Ali Maliki, ayah kepada allahyarham adik Aleeya Binti Mat Ali, 12, kanak-kanak OKU yang rentung dalam kejadian tersebut, menzahirkan kesyukuran atas bantuan yang diberikan

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok, Kho Boo Jang, berkata rumah tersebut musnah sepenuhnya dan lima penghuni lain terselamat dalam insiden itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan