SIBU, 4 Mei: Mural mega di Wisma Vasty yang dimulakan oleh Senator Robert Lau, dihidupkan semula oleh pelukis mural terkenal Kong Chak Kiong atau lebih dikenali dengan nama ‘Jagung’,
Menurut Lau murl tersebut akan menjalani proses transformasi tidak lama lagi.
“Seni jalanan adalah bentuk yang sentiasa berkembang, dan selepas dua tahun tiba masanya untuk meletakkan sesuatu yang baharu.
“Terima kasih kepada penaja dan kita berharap kerjasama ini dapat diteruskan di masa akan datang,
“Kami terbuka kepada cadangan daripada semua pihak tentang lukisan mural baharu itu nanti,” katanya yang ditemui selepas Majlis Simbolik Lukisan Mural di sini semalam.
Tambahnya beberapa cadangan diterima antaranya yang bercirikan abstrak dan 3D.
“Kami juga telah diminta untuk melakukan sesuatu yang akan menjadi seperti ilusi optik,” tambahnya.
Jelas Lau lagi pihaknya akan terus bekerjasama dengan Jagung pada mural seterusnya bagi menggantikan mural yang semakin usang di bandar ini.
“Kami berharap dapat melibatkan lebih banyak pihak pada pusingan ini,
“Mereka yang sudi menyumbang dalam apa cara sekalipun digalakkan untuk menghubungi saya di laman facebook saya,” katanya. – TVS