Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerajaan Perak menyediakan 1,000 Kit Ujian Pantas Antigen (RTK-Ag) percuma kepada setiap 59 pusat khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Perak sediakan 1,000 RTK-Ag untuk 59 pusat khidmat ADUN

ByBernama

IPOH, Perak 3 Mei : Kerajaan Perak melalui Jabatan Kesihatan Negeri akan menyediakan 1,000 kit ujian pantas Antigen (RTK-Ag) secara percuma untuk 59 pusat khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sebagai langkah berjaga-jaga menghadapi COVID-19 ketika musim perayaan ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Mohd Akmal Kamarudin, berkata pemberian kit dalam masa terdekat itu diharap dapat mengawal dan memutuskan rantaian COVID-19 pada peringkat awal.

“Sebanyak 1,000 RTK-Ag ini akan diagihkan kepada setiap pusat khidmat ADUN dan seterusnya diedarkan kepada rakyat,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Sambutan Hari Raya anjuran kerajaan negeri di Stadium Indera Mulia di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata setakat ini tiada keperluan untuk membuka pusat kuarantin di negeri itu memandangkan sistem kesihatan semakin baik dan pesakit COVID-19 boleh menjalani kuarantin di rumah. 

“Kebanyakan pesakit COVID-19 berada di bawah kategori satu dan dua dengan mereka hanya menjalani kuarantin di rumah serta boleh sembuh dalam masa dua ke tiga hari,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan