Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang warga emas lelaki maut dipercayai tertimbus apabila pokok tumbang menghempap rumah kuarters di Jalan Ilmu, Lorong 1, di sini, pada Sabtu lepas.

Lelaki maut tertimbus, kuarters satu tingkat ranap

Foto: Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian

SERIAN, 3 Mei : Seorang lelaki maut dipercayai tertimbus dalam kejadian pokok tumbang menghempap rumah kuarters di Jalan Ilmu, Lorong 1, di sini, pada Sabtu lepas. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian, Penolong Penguasa Bomba James Anak Gani berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 11.52 pagi dan enam anggota digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, sebatang pokok Ara bersaiz besar tumbang dan menghempap rumah kuarters lama yang usang di mana terdapat seorang mangsa lelaki dalam runtuhan itu,” katanya.

Pokok yang tumbang telah meliputi keseluruhan runtuhan yang telah menghempap rumah kuarters satu tingkat itu.

“Anggota bomba kemudian menggunakan dua jentera berat daripada pihak CMS bagi mengalihkan pokok tersebut,

"Anggota bomba kemudian menggunakan dua jentera berat daripada pihak CMS bagi mengalihkan pokok tersebut," katanya menerusi kenyataan media hari ini.
Dua jentera berat daripada pihak CMS digunakan dalam operasi ini. Foto: BBP Serian

“Mangsa dikenali sebagai Rone anak Medin, 54, yang tertimbus telah berjaya dijumpainya,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Pihak bomba berjaya mengeluarkan mangsa daripada runtuhan itu di lokasi kejadian, hari ini.
Pihak bomba berjaya mengeluarkan mangsa daripada runtuhan itu di lokasi kejadian, hari ini. Foto: BBP Serian

Ujarnya lagi, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan