Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gara-gara berang tidak diberi wang RM20, seorang lelaki mahu memukul bapanya menggunakan paip besi dalam kejadian di sebuah rumah di Pujut Corner di sini, pada Ahad.
Seorang pemuda berusia 22 tahun diitahan polis kerana didakwa cuba memukul bapanya menggunakan paip besi di Miri, semalam.

Anak mahu belasah bapa kerana tidak diberi RM20

MIRI, 2 Mei : Gara-gara tidak diberi RM20 yang diminta, seorang lelaki hilang pertimbangan apabila tergamak mahu memukul bapanya menggunakan paip besi dalam kejadian di Pujut Corner di sini, semalam.

Bagaimanapun perbuatan lelaki berusia 22 tahun itu membawa padah apabila dia ditahan polis pada pukul 3.10 petang semalam.

Tangkapan ke atas suspek dibuat susulan laporan polis oleh bapanya yang berusia 62 tahun itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu mengesahkan penangkapan suspek.

Katanya, polis turut merampas sebatang paip besi yang dipercayai digunakan oleh suspek semasa kejadian.

“Suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan