Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Suasana tenang di sebuah kedai kopi di Lorong Nanas di sini bertukar kecoh apabila ular tedung selar sepanjang tiga meter tiba-tiba cuba menyusur masuk ke dalam premis itu, awal pagi tadi.
Seekor ular berjaya ditangkap di luar sebuah kedai kopi di Lorong Nanas Sarikei, hari ini.

Sarapan pagi tergendala gara-gara ular tedung selar tiga meter

SARIKEI, 2 Mei : Suasana tenang di sebuah kedai kopi di Lorong Nanas di sini bertukar kecoh apabila ular tedung selar sepanjang tiga meter tiba-tiba cuba menyusur masuk ke dalam premis itu, awal pagi tadi.

Insiden itu dipercayai berlaku ketika pemilik kedai terbabit baharu memulakan operasi kira-kira 6.15 pagi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sarikei, Leftenan Pertahanan Awam (PA) Shahrol Azizi Zaidi berkata, sepasukan anggota yang diketuai George William Julin bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada 6.17 pagi.

“Kejadian disedari oleh pemilik kedai sejurus ternampak kelibat haiwan itu berada di luar premis sebelum mendapatkan bantuan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

“Sebaik berada di lokasi reptilia ini masih berada di luar premis berkenaan. Kita menggunakan penjerut dan berjaya menangkapnya kira-kira 15 minit kemudian,” katanya ketika dihubungi.

Shahrol berkata, walaupun sudah berpengalaman mengendalikan kes seumpama itu, anggotanya terpaksa berhati- hati bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.

Malah katanya, ketika operasi penangkapan dilakukan, haiwan berkenaan bertindak balas untuk melepaskan diri.

“Ular ini kemudiannya dilepaskan ke habitat asal yang jauh dari penempatan penduduk. Tidak ada sebarang kecederaan dilaporkan dalam operasi ini,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan