Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerajaan negeri Johor bersetuju meminda cuti hari kelepasan am (Cuti Khas Peristiwa) bagi negeri ini dari tarikh asal hari ini kepada Rabu (4 Mei).

Johor pinda hari kelepasan am kepada 4 Mei

ByBernama

JOHOR BAHRU, 2 Mei : Kerajaan Negeri Johor bersetuju untuk meminda hari kelepasan am (cuti khas peristiwa) bagi negeri ini daripada tarikh asal pada hari ini kepada 4 Mei (Rabu).

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata keputusan itu dibuat setelah mengambil kira Hari Raya Aidilfitri yang jatuh pada hari ini. 

“Keputusan pengisytiharan Cuti Khas Peristiwa ini adalah selaras dengan peruntukan kuasa yang diberikan di bawah Seksyen 9(1) Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369),” katanya dalam hantaran di laman Facebooknya hari ini.

Semalam Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada hari ini.

Pada Rabu lepas, Onn Hafiz dilaporkan berkata Kerajaan Negeri Johor akan memberi cuti kelepasan am pada hari ini sempena sambutan Aidilfitri. – TVS

Tags: Johor

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan