Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Anjur konvensyen, sebar maklumat tepat

ByFebbright James

KUCHING, 30 April: Unit Komunikasi Awam (UKAS) merancang untuk mengadakan mini konvensyen bersama media tempatan di Sarawak.

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak) Datuk Abdullah Saidol, konvensyen bertujuan untuk berbincang dan berkongsi pandangan terutamanya dalam membantu kerajaan menyebarkan maklumat yang tepat.

“Kita menjemput semua warga media untuk melihat apa yang boleh mereka dilakukan dalam pasca endemik dan peranan mereka dalam membantu kerajaan menyebarkan maklumat yang tepat semasa fasa pemulihan ekonomi dan sebagainya.

“Selain itu, kita juga akan melihat kepada isu-isu kebajikan rakyat yang perlu kita bantu sebab kita tahu kita masih lagi menghadapi beberapa projek kerajaan yang tergendala dan sebagainya,” katanya pada Majlis Berbuka Puasa UKAS bersama media di Kuching pada Jumaat.

Tambahnya, konvensyen turut membincangkan tentang cabaran dan peranan media dalam membawa maklumat yang telus, tepat dan menyeluruh terutamanya ke kawasan pedalaman.

Pihaknya juga mahu warga media terutamanya yang berada luar bandar untuk menjadi ‘mata-mata’ bagi memberi maklum balas kepada agensi berkenaan berkaitan isu-isu yang dihadapi oleh penduduk di kawasan tersebut.

Abdullah Saidol yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop berharap agar segala maklumat yang disampaika adalah tepat agar tidak menimbulkan kekeliruan.

Beliau turut memaklumkan Sarawak berhasrat untuk menganjurkan Karnival Sukan untuk rakyat Sarawak termasuk warga media.

Sementara itu, UKAS sedang meneliti sama ada mereka boleh mengeluarkan kad media sebagaimana yang dilakukan oleh Jabatan Penerangan.

“Kami menerima beberapa aduan daripada pengamal media terutamanya keluhan pengamal media menerusi media sosial bahawa mereka tidak dapat membuat liputan pada majlis rasmi kerajaan kerana tidak memiliki kad media rasmi dari Jabatan Penerangan.

“Oleh itu, kita akan lihat dari sudut bidang kuasa dan aspek tertentu di bawah kerajaan negeri berkaitan perkara ini agar kita oleh bantu mereka (untuk mendapatkan kad media). Kalau dibenarkan mungkin UKAS mempunyai kuasa untuk mengeluarkan kad media tersebut,” katanya. – TVS

Tags: #bm, #UKAS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan