Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Pemilik premis disaran semak status risiko COVID-19 pengunjung

KUALA LUMPUR, 29 April : Pemilik premis, terutama di tempat berisiko tinggi seperti restoran disaran menyemak status risiko COVID-19 pengunjung menerusi aplikasi MySejahtera, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata tindakan itu bagi memastikan individu dengan status ‘High Risk’ (Risiko Tinggi) pada aplikasi MySejahtera iaitu kes positif COVID-19 dan individu yang diberi arahan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO), tidak dibenarkan masuk ke premis tersebut.

Menurut Khairy, jika status pengunjung didapati berisiko tinggi, tindakan penguatkuasaan boleh dikenakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) kerana gagal mematuhi peraturan ditetapkan selain mendatangkan risiko kepada orang ramai.

“Seperti di pusat beli-belah yang mempunyai banyak pintu…tidak perlu (semak status pengunjung di setiap pintu) tetapi kita sarankan pemilik premis ataupun pasukan penguat kuasa melakukan semakan status risiko pengunjung secara rawak.

“Saya minta kepada orang ramai, apabila pemilik premis minta untuk menyemak profil mereka, bagilah kerjasama kepada pemilik premis, jangan tidak mahu tunjuk. Ini untuk keselamatan semua orang, kita dalam proses peralihan,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan