Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
AirAsia memulakan penerbangan antarabangsa sulungnya ke Sarawak iaitu dari Singapura ke Miri setelah dua tahun penutupan pintu sempadan. Foto: Nicklaren Rommie

Penerbangan AirAsia Singapura-Miri diteruskan

MIRI, 29 April : Setelah dua tahun pintu sempadan ditutup, syarikat penerbangan tambang murah tempatan, Air Asia Berhad telah memulakan penerbangan antarabangsa sulungnya ke Sarawak dengan terlancarnya laluan penerbangan Singapura ke Miri.

Pesawat AK1758 dari Singapura mendarat dengan selamat pada pukul 11:25 pagi tadi di Lapangan Terbang Antarabangsa Miri.

Air Asia akan menjadualkan sebanyak empat penerbangan pada setiap minggu dari Singapura ke Miri.

Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, jumlah penerbangan domestik Sarawak setakat ini ialah 362 penerbangan setiap minggu.

Daripada jumlah penerbangan tersebut, Miri menerima penerbangan transit yang tertinggi iaitu dengan 211 penerbangan.

“Penerbangan kebanyakannya dioperasikan oleh MASwings dengan 242 penerbangan dan diikuti oleh Air Asia Berhad dengan 117 penerbangan serta Malaysia Airlines dengan tiga penerbangan pada setiap minggu” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyambut ketibaan pesawat berkenaan di Lapangan terbang Miri di sini hari ini.

Kim Shin juga berkata, Kerajaan Sarawak juga akan mengikuti kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 seperti umumkan Kementerian Kesihatan (KKM) yang berkuatkuasa mulai 1 Mei ini.

“Kelonggaran ini pastinya akan dapat dapat menarik ramai lagi pelancong luar negara terutamanya pelancong dari Singapura.

“Pengembara dan kanak-kanak di bawah 12 tahun yang telah mendapat vaksinasi lengkap dikecualikan daripada melakukan ujian COVID-19 untuk pra-perlepasan semasa ketibaan” katanya.

Sementara itu, beliau memberitahu, pengunjung yang tidak menerima vaksinasi diwajibkan untuk melakukan ujian PCR dua hari sebelum perlepasan dan Ujian Antigen RTK dalam masa 24 jam sebelum ketibaan serta wajib menjalankan perintah kuarantin selama lima hari.

Pada masa sama, beliau juga menyeru agar semua syarikat penerbangan mempertimbangkan harga tiket penerbangan sewaktu musim perayaan bagi mengurangkan beban kewangan kepada rakyat yang ingin pulang ke halaman kampung. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan