Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki maut dilanggar kereta pacuan empat roda di Jalan Mukah-Balingian, hari ini. Foto: IPD Mukah

Lelaki maut dilanggar kereta pacuan empat roda di Jalan Mukah-Balingian

MUKAH, 29 April : Seorang penunggang motosikal maut selepas dilanggar dari belakang oleh kereta pacuan empat roda dalam kemalangan yang berlaku di Kilometer 36 Jalan Mukah-Balingian sekitar jam 11.20 pagi Jumaat.

Menurut Ketua Polis Daerah Mukah Deputi Superintenden Muhamad Rizal Alias, kemalangan berlaku apabila pemandu kereta pacuan empat roda berkenaan bergerak lurus dari arah simpang Matadeng menuju ke Balingian.

“Setibanya di suatu tempat di Jalan Mukah-Balingian, pemandu telah memotong sebuah motokar jenis Perodua Bezza.

“Tiba-tiba penunggang motosikal yang berada di hadapan motokar Perodua Bezza tersebut memasuki lorong bertentangan menyebabkan pemandu pacuan empat roda tidak dapat mengelak lalu melanggar bahagian belakang motosikal.

“Akibat kemalangan itu, mangsa Lamik Anak Sawang, 48 tahun, telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Pegawai Perubatan Hospital Mukah akibat cedera parah pada bahagian kepala,” katanya dalam satu kenyataan.

Mangsa yang maut telah dibawa ke Hospital Mukah untuk dibedah siasat dan kenderaan terlibat dibawa ke Balai Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Mukah.

Kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan