Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Polis terima laporan kes pelajar dipukul di sekolah

ALOR SETAR, 28 April : Polis mengesahkan menerima laporan berkaitan kes seorang pelajar lelaki berumur 16 tahun dipercayai dipukul beberapa pelajar lain yang tular menerusi satu rakaman video hari ini.

Ketua Polis Daerah Langkawi , Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, kejadian yang dipaparkan dalam video berdurasi 25 saat itu disahkan berlaku di sebuah sekolah menengah kebangsaan (SMK) di Langkawi.

“Laporan polis telah dibuat oleh mangsa di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi pagi tadi.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada pukul 9 pagi semalam dalam sebuah kelas di sekolah tersebut.

“Punca kejadian dipercayai akibat perselisihan faham antara mangsa dan pelajar-pelajar yang lain. Mangsa telah dirujuk ke hospital sebaik menerima laporan polis dan hasil pemeriksaan doktor mendapati tiada kecederaan fizikal pada mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Shariman berkata kesemua suspek sedang dikenal pasti dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan