Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ditawan scammer
Seorang wanita membuat laporan di Balai Polis Kapit pada Ahad selepas menjadi mangsa sindiket Love Scam.

Wanita Kapit rugi RM3,700 terpedaya cinta scammer

KAPIT, 28 April : Seorang wanita di sini mengalami kerugian sebanyak RM3,700 selepas menjadi mangsa sindiket Love Scam.

Ketua Polis Daerah Kapit, Deputi Superintendan Freddy Bian berkata, kejadian itu berlaku pada 16 April lalu selepas mangsa berusia 31 tahun itu berkenalan dengan seorang lelaki yang mendakwa bekerja sebagai jurutera di luar negara.

Katanya, setelah ‘perhubungan’ mereka semakin akrab, suspek memberitahu mangsa bahawa dia akan menerima kiriman bungkusan mengandungi wang berjumlah USD50,000.

“Suspek juga memberitahu mangsa yang dia perlu membayar sejumlah wang untuk menyelesaikan cukai kastam sebelum menuntut bungkusan berkenaan,”katanya menerusi kenyataan media semalam.

Beliau memberitahu, mangsa kemudian membuat beberapa transaksi wang ke beberapa akaun berlainan.

“Wanita itu menyedari ditipu selepas menceritakan perkara itu kepada adiknya dan seterusnya membuat laporan di Balai Polis Kapit pada Ahad lepas,”katanya.

Freddy berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan