Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua KPDNEHP Cawangan Mukah Salihin Den mengesa pengguna agar segera melaporkan kepada pihaknya jika didapati terdapat peniaga yang tidak mematuhi Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Aidilfitri yang dikuatkuasakan oleh pihaknya sejak 26 April lalu hingga 6 Mei ini. Foto: Alwin Lawrence

Lapor segera kepada KPDNHEP jika peniaga tidak patuh SHMMP

MUKAH, 28 April : Ketua Cawangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNEHP) Mukah Salihin Den mengesa pengguna Mukah untuk segera melaporkan kepada pihaknya jika didapati terdapat peniaga yang tidak mematuhi Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa.

“Sekiranya didapati ada peniaga yang menaikkan harga yang telah ditetapkan mohon kepasa pengguna salurkan kepada pihak kita melalui saluran-saluran aduan yang kita sediakan.

“Antaranya melalui Whatsapp ke 019- 279 4317 / 019-848 8000, Pusat Arahan Penguatkuasa (ECC) 03-8882 6245 / 6088, talian bebas tol 1-800-886-800, Aplikasi telefon pintar Ez ADU, emel ke alamat e-aduan@kpdnhep.gov.my SMS ke 15888 dengan menaip “KPDNHEP ADUAN ” termasuk talian telefon bernombor 084-872726 dan pengguna boleh datang sendiri ke pejabat KPDNHEP Mukah di Pusat Pentadbiran Baru Mukah (Bangunan Score),” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Jualan Keluarga Malaysia di Pasaraya 101 Superman Speedmart Sendirian Berhad Mukah.

Ketua KPDNEHP Cawangan Mukah Salihin Den mengesa pengguna agar segera melaporkan kepada pihaknya jika didapati terdapat peniaga yang tidak mematuhi Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Aidilfitri yang dikuatkuasakan oleh pihaknya sejak 26 April lalu hingga 6 Mei ini.
Foto: Alwin Lawrence

Katanya lagi, setakat ini kesemua peniaga dilihat patuh kepada penguatkuasaan KPDNHEP kerana tiada peniaga yang melakukan kesalahan sepanjang tempoh Bulan Ramadan dan semua harga barang adalah dalam harga yang stabil dan terkawal.

“Secara keseluruhannya untuk Bahagian Mukah dalam minggu sebelum ini saya telah mengarahkan pegawai kita m ke kawasan Tanjung Manis, Matu, Daro dan kawasan lain untuk lakukan pemantauan.

“Alhamdullilah hasil pemantauan semua harga adalah konsisten tiada berlaku sebarang sebarang kenaikan harga, dan harga dalah dalam keadaan stabil, serta semua barangan keperluan asas adalah mudah diperolehi di setiap pasaraya,” ujarnya lagi.

Sebanyak 18 jenis barang terpilih dikawal dibawah SHMMP.

Antaranya melibatkan daging lembu import, ikan kembung, ikan mabung, ikan selayang, tomato, cili merah, kubis bult import,kacang panjang, terung panjang, timun, bawang merah besar import, bawang besar holland, bawang putih (china), ubi kentang import (china), cili kering, kacang tanah, halia tua import, kelapa biji (borong sahaja) dan kelapa parut (runcit sahaja).

Sementara itu, beliau turut menasihati para peniaga untuk menjual harga barang terkawal tidak melebihi harga maksimum yang telah ditentukan oleh kerajaan.

Peniaga juga diwajibkan untuk meletakkan tanda harga merah jambu (pink) bagi setiap barangan yang dikategorikan sebagai barangan harga terkawal sepanjang tempoh berkuatkuasa SHMMP – HRP 2022 serta turut diarahkan untuk menggunakan alat timbang dan sukat yang telah ditentusahkan dalam urusan perdagangan yang dijalankan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan