Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Roland Sagah Wee Inn (enam, kiri) bergambar selepas menyaksikan majlis pertukaran dokumen perjanjian enam syarikat dibawah Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) Co9P Ecosystem Companies dengan Sarawak Skills hari ini. Foto: Bernama

Enam syarikat ekosistem MTDC Co9P meterai MOU dengan Sarawak Skills

KUCHING, 27 April : Malaysian Technology Development Corporation Sdn Bhd (MTDC) bersama Sarawak Skills telah memeterai Memorendum Persefahaman (MoU) bagi memperkasakan pengetahuan dan pengalaman industri 4.0 di Sarawak.

Pertukaran MoU antara MTDC dan Sarawak Skills hari ini disaksikan oleh Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Roland Sagah Wee Inn dan Ketua Pegawai Eksekutif MTDC Datuk Norhalim Yunus.

Bagi pertukaran MOU itu, enam syarikat ekosistem di bawah MTDC Centre of 9 Pillars (MTDC Co9P) iaitu 3D Gen Sdn Bhd yang diwakili Pengarahnya Umar Ikramullah Ahmad; Techcapital Resources Sdn Bhd diwakili Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Eugene Ng Keng Leong; Move Robotic Sdn Bhd diwakili CEO Mohd Hazeli Rasul; Innoveam Sdn bhd diwakili Pengarah Urusannya Muhammad Zamir Abd Rashid; Akar Indah Engineering Sdn Bhd diwakili CEO Rohana Rahmat dan Ideasparq Robotic Sdn Bhd diwakili CEO Asyraf Abdul Rahman manakala bagi pihak Sarawak Skills diwakili oleh Pengarah Eksekutifnya Hallman Sabri.

Bercakap semasa majlis MoU itu, Sagah berkata MoU itu sejajar dengan inisiatif dan strategi berterusan kerajaan Sarawak di bawah Strategi Pembangunan PascaCOVID-19 Sarawak 2030 (PCDS 2030) untuk membangunkan ekonomi yang dipacu teknologi yang menekankan kelestarian alam sekitar.

“Saya yakin perancangan strategik antara Sarawak Skills dan enam syarikat di bawah MTDC Centre of 9 Pillars akan membuka jalan kepada pelbagai strategi baharu untuk memudahkan penggunaan inisiatif transformasi digital oleh industri di Sarawak,” katanya.

Sementara itu, Norhalim berkata melalui MoU itu, ia membolehkan enam syarikat ekosistem itu dan Sarawak Skills menyediakan program latihan yang bersesuai dengan kemahiran yang releven mengikut situasi semasa.

“Kebaikannya adalah pelajar yang terlibat dengan program latihan ini akan bekerjasama dengan pemain industri yang telahpun membangunkan produk mereka sendiri, selain menjadikan pemain industri itu sebagai inspirasi atau ikon mereka kerana syarikat itu turut ditunjangi oleh anak muda.

“Hasilnya, kita akan mendapatkan seorang pelajar yang mempunyai kemahiran yang releven dengan situasi sekarang dan ada kemungkinan pelajar itu akan menjadi usahawan.

“Ketiganya, kerjasama ini akan melibatkan pembangunan produk dan perkhidmatan untuk kegunaaan bagi Industri Kecil dan sederhana,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan