Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Empat orang termasuk pengurus besar tercedera selepas Jambatan di Mulu Marriot Resort & Spa (Mulu Marriot) runtuh pada Selasa.Foto JBPM Sarawak
Empat orang termasuk pengurus besar tercedera selepas Jambatan di Mulu Marriot Resort & Spa (Mulu Marriot) runtuh pada Selasa. Foto: JBPM Sarawak

Pengurus patah tangan jambatan di Mulu Marriot Resort & Spa runtuh

ByNurul Amarlina

KUCHING, 27 April : Seorang pengurus besar antara empat yang cedera selepas jambatan di Mulu Marriot Resort & Spa runtuh petang semalam.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) , Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, mangsa dikenali Marc Cosyns yang merupakan warga Belgium turut cedera pada bahagian mata selepas tercucuk objek tajam ketika kejadian pada pukul 3 petang itu.

Ujar PGO, seorang lagi mangsa, rakyat Jerman, Benjamin Wolff cedera pada bahagian kaki dan pinggang manakala dua lagi mangsa belum dikenal pasti identiti mereka.

Empat yang cedera dalam kejadian jambatan runtuh di sebuah pusat peranginan di Mulu diterbangkan ke Miri untuk menerima rawatan lanjut.
Empat yang cedera dalam kejadian jambatan runtuh di sebuah pusat peranginan di Mulu diterbangkan ke Miri untuk menerima rawatan lanjut. Foto JBPM Sarawak.

“Ketika anggota bomba tiba di lokasi kejadian yang terletak kira – kira 10 kilometer (km) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Marudi, tiga mangsa telah berjaya dibawa keluar daripada tempat runtuhan dan dihantar ke Lapangan Terbang Mulu.

“Mangsa kemudian diterbangkan ke Miri untuk menerima rawatan lanjut menggunakan helikopter milik pusat peranginan berkenaan,”jelas PGO.

Menurut PGO, kejadian berlaku ketika semua mangsa sedang melakukan pemeriksaan tapak di kawasan berkenaan.

Sehingga pukul 6 petang semalam, kesemua mangsa telah diterbangkan ke Miri dan operasi menyelamat dan memberi rawatan awal yang turut disertai petugas Kementerian Kesihatan (KKM) tamat.

Sementara itu di Kuching, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan negeri, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah meminta kesemua pemilik pusat peranginan di Sarawak supaya sentiasa melakukan penyelenggaran berjadual terhadap kemudahan di premis masing – masing.

“Ini penting bagi memastikan keselamatan pekerja dan pelancong, kita tidak mahu kejadian seumpama ini berulang lagi,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan