Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sudah ceroboh, gigit tangan orang pula

BETONG, 26 April : Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila digigit seekor anjing yang memasuki kawasan rumahnya di Taman Paya Udak, di sini, semalam.

Insiden kira-kira jam 5.00 petang itu mengakibatkan mangsa cedera di pergelangan tangan dan terpaksa dikejarkan ke Hospital Betong untuk mendapat rawatan lanjut.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Betong, Pegawai Bomba Kanan I, Henry Jugah berkata, ketika kejadian mangsa cuba mengusir haiwan terbabit selepas masuk ke halaman rumahnya.

“Bagaimanapun, haiwan itu tiba -tiba bertindak ganas mengigit dan mengakibatkan tangan mangsa tercedera. Dia kemudiannya dikejarkan ke Hospital Betong oleh anggota keluarganya,” katanya dalam satu kenyataan.

Henry berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Betong bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 5.10 petang.

Sebaik tiba di lokasi katanya, Bomba mendapati haiwan itu masih berada di halaman rumah mangsa sebelum berjaya ditangkap.

“Haiwan ini akan diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak Bahagian Betong untuk tindakan lanjut,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan