Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tiga buah feri dijangka bakal ditambah dan bakal beroperasi serentak di Pangkalan Feri Batang Igan pada bulan Ramadan dan Syawal ini

Tiga feri akan ditambah menjelang Syawal di Pangkalan Feri Batang Igan

MUKAH, 26 April : Tiga buah feri dijangka akan ditambah dan dijangka beroperasi serentak di Pangkalan Feri Batang Igan pada bulan Ramadan dan Syawal ini.

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak ( Integriti dan Ombudsman), yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng, Dato’ Dr Juanda Jaya, berkata beliau sendiri telah menulis surat permohonan kepada Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, bagi memastikan perkara tersebut terlaksana dalam usaha mengurangkan kesesakan pada musim perayaan nanti.

“Seminggu yang lalu kita memohon tambahan tiga buah feri yang mesti beroperasi serentak, daripada awal pagi hingga berakhir jam 1.00 pagi keesokan harinya dan beroperasi selama seminggu selepas hari raya. Kita pohon pihak berkuasa agar membantu kita dengan sesegera yang mungkin.

“Ini memastikan kemudahan rakyat yang pulang ke kampung, sama ada untuk berbuka puasa atau berhari raya khasnya dalam menziarahi sanak saudara, tidak akan berlaku kesesakan seperti yang berlaku di pangkalan feri yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam lawatan kerjanya ke Pangkalan Feri Batang Igan dan sekitar Kampung Igan pada Isnin.

Beliau juga berterima kasih kepada Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) kerana memberi jawapan positif sewaktu dihubungi beliau sendiri baru-baru ini

“Untuk itu, kita memohon kepada masyarakat yang menggunakan kemudahan feri ini agar sentiasa berhati-hati, sentiasa menjaga keselamatan dan patuhi arahan pihak operator feri.

“Saya juga berharap agar semua penduduk Igan yang ada menggunakan feri berkenaan sentiasa bersabar kerana kesekakan berlaku adalah lazimnya akibat pertambahan kedatangan kereta yang pulang untuk berhari raya di kampung halaman,” katanya lagi.

Dalam pada itu, jelas Juanda lagi, pihak JKR telah memeriksa feri berkenaan dan mendapati terdapat beberapa kerosakan yang perlu diperbaiki bagi mempertingkatkan mutu perkhidmatan feri tersebut.

“Alhamdullilah kerosakan itu telah dimaklumkan kepada pihak ibu pejabat JKR di Kuching pada bulan tiga yang lalu dan pihak JKR akan melakukan pembaikan sesegera yang mungkin,” jelasnya.

Saban tahun, ia menjadi satu cabaran bagi penduduk yang ingin pulang ke kampung halaman mereka di kawasan Jemoreng atau Daro kerana mereka perlu menggunakan feri Batang Igan di mana mereka akan berbaris panjang untuk menunggu giliran menaiki feri kerana jumlahnya terlalu terhad tetapi bilangan kenderaan begitu banyak pada satu masa. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan