Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
SIBU, 26 April: Pasukan Polis Marin Wilayah 5 (PPMW5) berjaya menggagalkan cubaan menyeludup sejumlah 1125 batang kayu dijangka mencecah jutaan ringgit di perairan Nangga Jih, Sungai Batang Rajang dekat sini pada petang Isnin.
SIBU, 26 April: Pasukan Polis Marin Wilayah 5 (PPMW5) berjaya menggagalkan cubaan menyeludup sejumlah 1125 batang kayu dijangka mencecah jutaan ringgit di perairan Nangga Jih, Sungai Batang Rajang dekat sini pada petang Isnin.

PPMW5 gagalkan cubaan seludup 1,125 batang kayu bernilai jutaan ringgit

Foto : PPMW5

SIBU, 26 April: Polis berjaya menggagalkan cubaan menyeludup sejumlah 1,125 batang kayu dijangka mencecah harga berjuta-juta ringgit di perairan Nangga Jih, Sungai Batang Rajang dekat sini pada petang Isnin.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 5 (PPMW5) Sarawak, Asisten Komisioner Zulfikar Mohd Ghazali berkata, rampasan itu dilakukan oleh sepasukan pegawai dan anggota PPMW5 dalam Op Landai pada jam 3.30 petang itu.

Pihaknya yang bertindak atas maklumat berkaitan aktiviti kayu balak rakit telah menjalankan operasi itu menggunakan bot PAC 649 untuk menuju ke lokasi berkenaan.

“Ketika menghampiri lokasi tersebut, pasukan operasi telah terserempak dengan beberapa buah perahu yang bertindak melarikan diri dari kawasan longgokan kayu balak berkenaan yang telah diikat di tebingan sungai,”

“Namun usaha mengejar dan menangkap suspek-suspek tidak berjaya setelah kelibat suspek-suspek licik meloloskan diri dari ditangkap,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya hasil pemeriksaan telah menemui satu longgokan kayu balak berjumlah 400 batang yang diikat menjadi rakit.

Turut ditemui lapan longgokan kayu belian berjumlah 200 batang dan 25 longgokan kayu batak berjumlah 525 batang pelbagai saiz.

“Kesemua longgokan kayu tersebut didapati tidak mempunyai sebarang tanda tukul Jabatan Hutan (JH) Sarawak dan dipercayai diperolehi secara haram,” jelasnya.

Kes akan dirujuk serta diserahkan kepada pihak Jabatan Hutan untuk tindakan selanjutnya.

Kes disiasat di bawah Ordinan Hutan 2015. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan