Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hampir 73 ribu peserta FELCRA Berhad di seluruh negara bakal menikmati pembayaran Keuntungan Boleh Agih Akhir 2021 Fasa 2 Projek-Projek Peserta FELCRA Malaysia 2021 dengan jumlah keseluruhan RM136.4juta.

FELCRA Berhad agih bayaran kepada hampir 73 ribu peserta seluruh negara

SANDAKAN, 25 April : Hampir 73 ribu peserta FELCRA Berhad di seluruh negara bakal menikmati pembayaran Keuntungan Boleh Agih Akhir 2021 Fasa 2 Projek-Projek Peserta FELCRA Malaysia 2021 dengan jumlah keseluruhan RM136.4 juta.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Dato’ Seri Mahdzir Khalid, dalam ucapannya memaklumkan pengurusan perladangan yang efektik dan sistematik oleh FELCRA Berhad dengan usaha-usaha penambahbaikan proses aliran kerja, peningkatan penggunaan jentera-jentera dan alatan mekanisasi di ladang-ladang yang diurus FELCRA, serta pengenalan beberapa aspek automasi seperti penggunaan dron pemantauan pertanian merupakan faktor-faktor utama yang mempengaruhi jumlah pembayaran yang memberangsangkan ini.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid menyerahkan peruntukan geran Pembangunan Kerajaan RP2 RMKe-12 FELCRA Berhad Wilayah Sabah pada majlis tersebut.

Tambah beliau, berikutan prestasi yang membanggakan ini, Kerajaan Pesekutuan dalam Rolling Plan 2 (RP2) Rancangan Malaysia ke 12 (RMKe12), menyakini kemampuan FELCRA serta telah meluluskan pembayaran bagi peruntukan geran berjumlah RM161.6 juta untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti pelengkapan kampung iaitu amenities sosial, premis perniagaan, pelancongan desa, communities’ engagement, program tanam semula dan penambahbaikan infrastruktur ladang di seluruh Malaysia.

“Pembayaran telah mula dibuat bermula 22 April yang lalu dan dijangka akan selesai keseluruhan pembayaran pada pertengahan minggu ini. Jumlah berkenaan akan melengkapi keseluruhan pembayaran agihan keuntungan bagi tahun 2021,” katanya pada Majlis Penyerahan Keuntungan Boleh Agih Akhir 2021 Fasa 2, Projek Peserta-Peserta FELCRA Berhad di Sandakan.

Hadir sama Pengerusi FELCRA Berhad, Datuk Haji Ahmad Jazlan Yaakub, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah merangkap ADUN Sukau, Datuk Jafry Ariffin, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Datuk Ramlan Harun dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FELCRA Berhad, Datuk Mat Roni Zakaria.

Pada ucapan beliau, Mahdzir turut memaklumkan peserta bakal menerima agihan akhir lebihan keuntungan tahun 2021 ini pada kadar purata RM2,755 per hektar atau RM1,115 per ekar.

“50% atau Fasa 1 dari jumlah keseluruhan tersebut telah dinikmati oleh para peserta pada bulan Februari yang lalu,” katanya.

Pada majlis yang sama Mahdzir turut menyampaikan replika cek Agihan Keuntungan Boleh Agih Akhir 2021 Fasa 2 bagi Negeri Sabah dan Daerah Sandakan, replika cek Peruntukan Geran Pembangunan Kerajaan RP2 RMKe-12 FELCRA Berhad Wilayah Sabah dan sumbangan berjumlah RM3,000 kepada Pertubuhan Pengurusan Rumah Amal Selawat Nabi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan