Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

 JBPM Sarawak gerakkan anggota pelatih dan unit bantuan

Kuching, 25 April: Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak akan menggerakkan 108 rekrut baharunya beserta beberapa unit bantuan yang terdiri daripada unit bomba komuniti dan sukarela bagi membantu balai bomba di seluruh Sarawak menjelang hari raya Aidilfitri kelak.

Menurut Pengarah JBPM Sarawak, Datu Khirudin Bin Drahman@Hussaini, langkah tersebut diambil bagi menampung ketiadaan 20 peratus dari 1,040 anggotanya yang akan bercuti pada hari raya nanti.

“Kita akan menggerakkan pelatih baharu dan unit bantuan memandangkan kita di Sarawak ni geografinya agak luas,jadi kita memerlukan sokongan dan perlu sentiasa bersiap siaga,” katanya.

Ujarnya, walaupun setiap balai bomba akan dibantu, namun beliau percaya anggota sedia ada akan sentiasa berada dalam keadaan bersedia jika berlaku sebarang kemungkinan pada hari Aidilfitri kelak.

Dalam pada itu, Pengarah JBPM, Dato Sri Ts. Mohammad Hamdan Haji Wahid berkata, pihak JBPM akan melancarkan Ops raya Aidilfitri pada 27 April ini.

“ OPS raya bomba ini  akan fokus tiga perkara  iaitu dari segi aspek keselamatan kebakaran di bangunan komersial dan kediaman, dari segi kerjasama dan kabolarasi dengan agensi-agensi lain tentang keselamatan di jalan raya dan yang ketiga adalah keselamatan di air,”katanya.

Ujarnya, tiga perkara tersebut amat dititikberatkan kerana ia nya merupakan elemen penting dalam meminimumkan kes kemalangan terutama pada musim perayaan.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri majlis penganugerahan anugerah perkhidmatan cemerlang tahun 2021 di Hotel Waterfront,Kuching pada hari ini.

Dalam majlis tersebut seramai 95 anggota dari seluruh balai bomba di Sarawak telah  diberi pengiktirafan anugerah perkhidmatan cemerlang.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan