Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebanyak 302 kotak mercun dan 206 bungkusan bunga api bernilai RM4,500 dirampas oleh Polis dari Ibu Pejabat Polis Dareah Mukah (IPD Mukah) dalam satu serbuan di sebuah kedai di Pasar Lama Mukah pada Sabtu

Peniaga wanita ditahan jual mercun dan bunga api tanpa permit di Mukah

MUKAH, 24 April : Tindakan seorang wanita menjual mercun di kedainya di Pasar Lama di sini membawa padah apabila ditahan oleh polis semalam.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superitendan Muhamad Rizal Alias berkata, sepasukan anggotanya memeriksa premis berkenaan pada pukul 12.40 tengah hari selepas mendapat maklumat daripada orang awam.

Katanya, sebanyak 302 kotak mercun dan 206 bungkusan bunga api bernilai RM4,500 dirampas.

“Kesemua bunga api dan mercun itu dipamerkan di rak barang-barang berhadapan kaunter untuk dijual ,”katanya menerusi kenyataan hari ini.

Muhammad Rizal berkata, wanita berkenaan yang berusia 50 tahun berasal dari Sibu didapati tidak mempunyai permit untuk menjual barangan itu.

“Antara mercun dan bunga api yang dirampas ialah sebanyak 150 kotak kecil mercun Pop Pop V8500, sembilan kotak bunga api Glow Of Sun Set FF020 dan 30 kotak Coloured Flowers w026A,”katanya.

Muhammad Rizal memberitahu, peniaga itu mengaku yang dia baharu sahaja menyewa premis berkenaan pada Oktober tahun lepas.

Kes disiasat di bawah Seksyen 8 , Akta Bahan Letupan 1957 (Mercun dan Bunga Api). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan