Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jangan biar kapal kita karam
Jangan biar kapal kita karam

PRS semakin matang dalam politik Sarawak – Abang Johari

SIBU, 24 April : Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan Parti Rakyat Sarawak (PRS) semakin matang dalam merencanakan perjalanan di persada politik di negeri ini.

Ujar Abang Johari, PRS telah membuktikan mereka mampu bersama parti – parti komponen lain dalam GPS untuk membawa Sarawak ke tahap pembangunan yang lebih baik meliputi pelbagai sudut.

Katanya, PRS mempunyai peranan dan kekuatan tersendiri yang tidak boleh diperkecilkan kerana memfokuskan kepada kawasan luar bandar.

“Pengalaman PRS membangunan luar bandar membolehkan kita (Kerajaan Sarawak) masukkan dalam perancangan pembangunan yang lebih besar untuk mencapai hasrat menjadi negeri maju berpendapatan tinggi menjelang 2030,”katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Persidangan Perwakilan Tri Tahunan Kelima PRS di sini hari ini.

Yang turut hadir, Setiausaha Agung GPS, Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Pemangku Presiden PRS, Datuk Joseph Salang Gandum dan Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP),Datuk Seri Tiong King Sing.

Sementara itu, Abang Johari turut mengucapkan tahniah kepada seluruh pimpinan dalam GPS yang telah membawa PRS sebagai satu pasukan bersama-sama parti komponen lain untuk memberikan input kepada dasar dalam pembangunan secara menyeluruh lebih-lebih lagi untuk masyarakat luar bandar. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan