Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Dato Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata RCI bagi siasatan isu Tabung Haji yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 telah mengadakan mesyuarat sebanyak tiga kali sejak penubuhannya pada 21 Jan 2022.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Dato Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata RCI bagi siasatan isu Tabung Haji yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 telah mengadakan mesyuarat sebanyak tiga kali sejak penubuhannya pada 21 Jan 2022.

Teliti amalan Rang Undang – Undang Lompat Parti negara luar – Wan Junaidi

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 24 April : Kerajaan ketika ini sedang meneliti pelbagai sudut perundangan serta perlaksanaan beberapa negara berhubung Undang – Undang Anti Lompat Parti.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen Dan Undang-Undang), Dato Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, bagaimanapun setiap negara yang dikaji termasuk United Kingdom, India, Australia, New Zealand dan Singapura mempunyai perincian berbeza dan ‘tidak semuanya’ boleh dilakukan Malaysia.

“Dalam senarai negara – negara berkenaan, hanya Singapura yang dilihat mempunyai sistem yang hampir sama dengan Malaysia , namun tidak semua yang mereka laksanakan, kita boleh ikut kerana perlu memahami apa yang sesuai dan dipersetujui di negara ini,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang perkembangan proses pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti.

Mengulas lanjut, Wan Junaidi berkata, ke arah menjayakan pembentangan dan kelulusan pindaan berkenaan, pelbagai cabaran perlu ditempuhi selain terdapat banyak idea yang disuarakan oleh pihak – pihak terlibat.

“Inilah kali pertama kita membincangkan (Rang Undang -Undang Anti Lompat Parti) dengan mendalam seperti berlaku pada 11 April lepas apabila ramai Ahli Parlimen mengambil bahagian,”katanya.

Pada masa sama, Wan Junaidi berkata, proses berkenaan lebih kompleks dan tidak boleh berlaku sebarang kesilapan kerana membabitkan artikel dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Kalau tersilap kena berbalik kepada Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan berkaitan hak kebebasan,”katanya.

Sebelum ini, Wan Junaidi memaklumkan, penyata mengandungi cadangan rang undang-undang berkaitan akta itu dijangka akan siap dalam tempoh sebulan lagi.

Terdahulu, Wan Junaidi menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama golongan asnaf kawasan Parlimen Santubong di Hotel Grand Margherita Kuching, di sini, semalam.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan