KUALA LUMPUR, 24 April : Seorang paraglider maut selepas payung terjun yang dikendalikannya hilang kawalan dan merempuh sebatang pokok setinggi 12.19 meter di Bukit Batu Pahat, Kuala Kubu Bharu di sini semalam.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, mangsa Mohammad Farhad Khalid, 44, dari Subang Jaya dekat sini, juga tersangkut di atas pokok yang dirempuhnya serta mengalami pendarahan teruk dan patah kaki dalam kejadian berkenaan.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata mangsa Mohammad Farhad Khalid, 44, dari Subang Jaya dekat sini, juga tersangkut di atas pokok yang dirempuhnya serta mengalami pendarahan teruk dan patah kaki dalam kejadian berkenaan.
Menurut Norazam, beberapa Orang Asli yang berada di lokasi kejadian telah terlebih dahulu memanjat pokok berkenaan dan mengikat mangsa menggunakan tali daripada payung terjun bagi mengelakkan lelaki itu daripada terjatuh.
Katanya bomba mengambil masa selama dua jam untuk menurunkan mangsa berikutan ketinggian dan lokasi pokok berkenaan.
Bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan ketika dalam perjalanan ke Hospital Kuala Kubu Bharu. -TVS