Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

SEDC raikan kanak – kanak kurang bernasib baik

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 22 April : Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) meraikan lebih 90 orang kanak – kanak kurang bernasib baik pada majlis berbuka puasa yang berlangsung di Hotel Grand Margherita di sini hari ini.

Lebih istimewa, majlis itu turut dihadiri oleh Tuan Yang Terutama , Yang di – Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri , Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib.

Kumpulan kanak – kanak itu merupakan penghuni di Rumah Kanak – kanak Toh Puan Hajah Norkiah dan Rumah Kanak – Kanak Datuk Ajibal Abol Sri Aman.

Sempena majlis itu, Tun Abdul Taib dan Toh Puan Raghad turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada kepada kanak – kanak yang diraikan.

Ini merupakan program kali kedua SEDC menyantuni golongan memerlukan sempena Ramadan tahun ini.

Majlis diteruskan dengan solat Maghrib dan Isyak sebelum solat sunat Terawaih.

Turut hadir, Pengerusi SEDC, Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz Husain. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan