Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Polis Sibu sahkan video tular kes buli di sekolah

SIBU, 21 April : Polis mengesahkan menerima satu laporan berhubung video tular memaparkan kejadian buli yang didakwa berlaku di sebuah sekolah di sini.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata, siasatan mendapati video berdurasi 0.32 saat di laman sosial Facebook itu dimuat naik oleh pemilik akaun bernama Boss Jeff.

“Siasatan telah dijalankan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan juga Seksyen 509 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, polis juga telah mengenal pasti mangsa yang merupakan pelajar lelaki di sekolah berkenaan.

“Setakat ini polis juga telah mengenal pasti suspek terlibat,”katanya.

Menurut Zulkipli, pihaknya memandang serius kes buli itu dan mengingatkan mana-mana individu supaya tidak memanipulasi rakaman video tular itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan